PEKAN: Semangat pendidik jelas terpancar di wajah 1,000 warga pendidik yang berhimpun di Majlis Apresiasa Pendidikan Pekan 2022 di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah Pekan, di sini, kelmarin.
Program dirasmikan Ahli Perlimen Pekan, Dato’ Sri Najib Razak.dengan tema ‘Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA’ itu begitu bermakna buat golongan pendidik berkenaan.
Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Pekan, Mohd Razali Mustafar, berkata majlis dimulakan dengan bacaan ikrar oleh 600 warga pendidik diikuti penyampaian Anugerah Khas Kokurikulum, Anugerah Khas Ikon Guru, Anugerah Khas Guru Inspirasi dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021.
“Kemuncak Majlis Apresiasa Pendidikan Pekan ialah penyampaian Anugerah Tokoh Guru dan Anugerah Tokoh Guru (Kepimpinan). Sebanyak 10 anugerah diberikan kepada individu yang layak.
“Anugerah Khas Guru Inspirasi diberikan kepada Selwani Mohd Sam yang kini mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar. Beliau adalah orang kurang upaya (OKU) yang menggunakan kerusi roda untuk bergerak,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD