#pekan Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Peramu dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan polis berjaya memindahkan 10 keluarga dari Kampung Cenderawasih, Sungai Miang, Pekan dalam satu operasi selepas halaman rumah mereka dinaiki air akibat limpahan air paya berdekatan.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Peramu, Wan Shamsul Effendi Wan Mahmud, semua mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk menghubungi pihak berkuasa berhampiran sekiranya kawasan kediaman masing-masing mula dinaiki air.