Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
Gambar ihsan APM
KUANTAN: Hujan lebat dan ribut yang berlaku di FELDA Sungai Panching Utara, di sini menyebabkan 10 rumah mengalami kerosakan, petang semalam.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuantan, Kapten (PA) Zaubidah Said berkata, kejadian 6.30 petang itu membabitkan 40 mangsa daripada 10 keluarga.
Katanya, tiada kecederaan dilaporkan dan laporan awal sudah dimaklumkan kepada Pejabat Daerah untuk tindakan susulan.
“Berdasarkan pemeriksaan, semua rumah terbabit mengalami kerosakan di bahagian atap. Bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terjejas, APM menyampaikan bantuan kit makanan,” katanya, hari ini.
Difahamkan, kejadian ribut itu turut menyebabkan beberapa pokok di kawasan itu tumbang.