10,000 benih lampam dilepaskan ke Tasik Bera

10,000 benih lampam dilepaskan ke Tasik Bera

BERA: Jabatan Perikanan Negeri Pahang melepaskan kira-kira 10,000 benih ikan lampam sungai di perairan Tasik Bera, di sini, hari ini. 

Program tahunan itu bertujuan memulihara sumber perikanan dan meningkatkan stok ikan di tasik itu. 

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Pahang, Abdullah Jaafar berkata, usaha menambah ikan di tasik semula jadi itu perlu dilakukan secara berterusan.

Menurutnya, tasik berkenaan menjadi habitat kepada pelbagai spesies ikan air tawar antaranya toman, sebarau, tapah, kelah dan haruan.

“Program pelepasan benih ikan ke perairan umum turut dilakukan Tasik Chini dan sungai utama di Pahang. Kita turut melepaskan pelbagai spesies benih ikan ke tujuh estet ikan di Temerloh, Maran dan Lipis,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD