10,298 kanak-kanak di Pahang dah terima vaksin dos pertama

10,298 kanak-kanak di Pahang dah terima vaksin dos pertama

KUANTAN: Sekurang-kurangnya 10,298 kanak-kanak antara lima hingga 11 tahun sudah mendapatkan vaksin dos pertama di Pahang menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) sehingga kelmarin.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang, Dato’ Dr Nor Azimi Yunus, berkata anggaran populasi kanak-kanak yang layak menerima vaksin kanak-kanak di Pahang adalah 192,600 orang. 

“Ketika ini, 168 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dibuka bagi pemberian vaksin kanak-kanak. Daripada jumlah itu, 46 PPV sekolah, 35 pasukan outreach sekolah, 65 PPV Klinik Kesihatan (PPVKK), 11 PPV hospital, satu PPV Awam dan 10 PPV `offsite’.

“PICKids Pahang telah bermula pada 3 Februari lalu dengan pemberian vaksin kepada golongan kanak-kanak komobid di 11 SPPV.

“Ia diteruskan dengan pemberian vaksin kepada semua kanak-kanak bermula 14 Februari lalu,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN