1,096 murid Tahun Satu di Raub terima RM100

1,096 murid Tahun Satu di Raub terima RM100

RAUB: Sekurang-kurangnya 1,096 murid Tahun Satu di daerah ini layak menerima RM100 menerusi Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Dato’ Sri Shahiruddin Ab Moin, berkata bantuan yang disampaikan Kerajaan Pahang itu tanpa perlu membuat permohonan.

Katanya, RM100 yang diterima itu diharap dapat dimanfaatkan untuk membeli kelengkapan persekolahan seperti baju dan kasut sekolah.

“Alhamdulillah, selesai menyerahkan BPP kepada 1,096 murid Tahun Satu dengan peruntukan RM109,600. 

“Diharap bantuan ini dapat meringankan beban ibu bapa dan terima terima kasih YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan seluruh pimpinan Kerajaan Pahang,” katanya. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN