Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
KUANTAN: Sebelas aktiviti ekonomi dalam sektor perdagangan dan pengedaran dibenarkan beroperasi dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 16 Ogos. Sehubungan itu, Pahang yang berada dalam Fasa 2 PPN membolehkan pemilik premis perniagaan kembali beroperasi.
Aktiviti ekonomi yang dibenarkan beroperasi adalah seperti berikut 1 Barang fotografi dan perkhidmatan fotografi 2 Barang terpakai 3 Bunga dan nurseri 4 Kraftangan dan cenderahati 5 Barangan antik 6 Alat permainan 7 Permaidani 8 Kandungan kreatif dan peralatan industri kreatif. 9 Peralatan outdoor (termasuk peralatan perkhemahan, memancing dan lain-lain) 10 Kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi 11 Tembakau (termasuk vape dan rokok elektronik)
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula itu perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19. “Ia bagi membuktikan individu sudah menerima vaksinasi lengkap. Pada masa sama, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. tamat13:16Munir Hm Online