111 keluarga terima bantuan banjir di Pekan

111 keluarga terima bantuan banjir di Pekan

PEKAN: Sumbangan wan ihsan banjir (WIB) kepada 111 Ketua Isi Rumah (KIR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini diharap membantu meringankan beban mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Mohd Sharim Md Zain, berkata:”Terima kasih kepada Pejabat Daerah dan Tanah Pekan, semua agensi kerajaan dan kepimpinan setempat yang menguruskannya,” katanya.

Hari ini, Mohd Sharim menyampaian sumbangan WIB daripada Kerajaan Pahang dan Kerajaan Persekutuan kepada 111 KIR mangsa banjir di Dewan Taman Selasih dan di Dewan Komuniti Kampung Salong.

Di Dewan Taman Selasih, ia membabitkan 49 penerima yang dipindahkan di pusat penempatan sementara (PPS) Kampung Tanjung, PPS Air Hitam di PPS Taman Selasih, Paloh Hinai.

Di Dewan Komuniti Kampung Salong pula membabitkan 62 penerima yang dipindahkan di PPS Dewan Komuniti Kampung Salong, PPS Dewan Komuniti Bukit Udang, PPS Kampung Orang Asli (OA) Gumum dan PPS Dewan OA Tanah Merah. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN