116 keluarga di Bilut dan Ketari terima bantuan banjir

116 keluarga di Bilut dan Ketari terima bantuan banjir

BENTONG: Seramai 116 keluarga dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bilut dan Ketari menerima bantuan wang ihsan (BWI) daripada Kerajaan Pahang dan Kerajaan Pusat, hari ini.

Penyelaras Dun Ketari dan Bilut, Dato’ Sri Mohd Soffi Abdul Razak, berkata penerima membabitkan mangsa yang tidak berpindah ke mana-mana pusat pemindahan sementara (PPS).

“Diharapkan bantuan ini dapat meringankan beban yang dialami mangsa banjir,” kata Mohd Soffi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Pahang, hari ini.

Majlis penyampaian BWI itu membabitkan penerima peringkat kedua dan diadakan di di Balai Raya Janda Baik, dekat sini. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN