1,169 keluarga di Maran sudah terima BWI

1,169 keluarga di Maran sudah terima BWI

MARAN: Sekurang-kurangnya 1,169 keluarga sudah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) banjir di Maran sehingga kelmarin.

Justeru, Ahli Parlimen Maran, Dato’ Sri Dr Ismail Abd Muttalib berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Pahang yang bersama memudahkan urusan bantuan.

“Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kepimpinan Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Pahang yang bersama-sama berganding bahu dalam membantu mangsa banjir yang terkesan ini dengan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif yang telah dijalankan.

“Tidak dilupakan juga kepada semua pihak lain seperti agensi kerajaan, pemimpin masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan.

“Begitu juga kepada semua yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam membantu mangsa sepanjang musim banjir,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Semalam, Dr Ismail yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyampaikan BWI fasa dua di kawasan Parlimen Maran kepada 243 ketua isi rumah mangsa yang terjejas banjir di Luit dan Kuala Sentul.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN