120 penduduk di Padang Tengku terharu, gembira

120 penduduk di Padang Tengku terharu, gembira

LIPIS: Seratus dua puluh peserta terharu apabila dipilih menyertai majlis Undian Lot Skim Tanah Rakyat ( STR ) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Padang Tengku, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padang Tengku, Dato’ Mustapa Long berkata, beliau gembira apabila majlis berkenaan berjalan lancar di Dewan Tok Linggi, Kampung Relong. 

Beliau berharap mereka yang terpilih itu dapat memanfaatkan sebaik mungkin tanah yang diberikan dengan aktiviti ekonomi yang bermanfaat. 

Katanya, beliau berhasrat untuk mewujudkan pula Skim Tanah Rakyat (STR) khususnya untuk anak muda walaupun banyak cabarannya.

“InsyaAllah satu lagi STR untuk anak muda di Padang Tengku akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat dan tapak di Mukim Kechau telah pun dikenal pasti,” katanya. – MIUHAMMAD NAJMIE