1,241 pengusaha, pekerja dewan makan, kantin sekolah terima BPP

1,241 pengusaha, pekerja dewan makan, kantin sekolah terima BPP

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@gmail.com

TEMERLOH: Seramai 1,241 pengusaha, pekerja dewan makan, kantin sekolah di Pahang menerima sumbangan Bantuan Prihatin Pahang (BPP), hari ini.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ahli Dewan Udangan Negeri (Adun) Kerdau, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kerdau, di sini.

Menurut Syed Ibrahim, sumbangan BPP itu dipersetujui YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) untuk kumpulan kedua.

“Penyerahan BPP ini diagihkan kepada pengusaha dan  pekerja dewan makan serta kantin sekolah di seluruh Pahang.

“Mereka ini juga terkesan akibat pandemik wabak Covid-19 dan perniagaan beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, berkata peruntukan itu membabitkan RM124,100 yang disampaikan kepada 1,241 orang.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 259 orang membabitkan daerah Kuantan, diikuti Temerloh (196 orang), Bera (198 orang), Rompin (291 orang), Pekan (297 orang).

“Semoga usaha murni ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terlibat,” katanya.