14,439 mangsa banjir Terengganu masih di 102 PPS

14,439 mangsa banjir Terengganu masih di 102 PPS

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di Terengganu berkurangan apabila merekodkan 14,439 orang daripada 3,967 keluarga setakat 9.15 pagi ini.

Menerusi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), berbanding 8 malam tadi, 20,552 orang daripada 5,518 keluarga.

Lapan daerah yang terbabit dengan banjir adalah Kemaman, Besut, Hulu Terengganu, Setiu, Dungun, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang.

Daripada 14,439 mangsa yang berada di 102 pusat pemindahan sementara (PPS), 532adalah warga emas manakala 519 bayi. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN