KUANTAN: Sekurang-kurangnya RM67,500 (AS$15,000) diperuntukan kepada kepada 15 penuntut Kolej Yayasan Pahang (KYP) yang bakal melanjutkan pengajian di Universiti Yarmouk, Jordan.
Sumbangan kerajaan negeri melalui Yayasan Pahang itu disampaikan oleh YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, dalam sidang media di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.
Wan Rosdy berkata, setiap pelajar menerima AS$1,000 (kira-kira RM4,500) sebagai sumbangan untuk persediaan ke Jordan.
“Lima belas penuntut itu itu berangkat ke Jordan pada 25 September ini. Semua mereka akan mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Syariah (Ekonomi dan Perbankan Islam) dengan kerjasama KYP dan Universiti Yarmouk, Jordan
“Program itu memerlukan penuntut mengikuti Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBA) selama empat bulan sebelum mengikuti pengajian iaitu dua tahun di KYP dan dua tahun di Universiti Yarmouk,” katanya. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN