15 masjid di Semambu terima bakul makanan

15 masjid di Semambu terima bakul makanan

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Sebanyak 150 bakul makanan diserahkan kepada 15 masjid di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu yang disumbangkan oleh UMNO Bahagian Indera Mahkota.

Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Dato’ Indera Mustaffar Kamal Ab Hamid berkata, untuk permulaan, setiap masjid menerima 10 bakul makanan.

KUANTAN: Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota Dato’ Indera Mustaffar Kamal Ab Hamid (kanan) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada wakil masjid di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu.

“Selepas ini kita akan  sumbangkan 20 bakul makanan tambahan yang dikhususkan kepada golongan memerlukan.

“Kita harap sumbangan ini dapat meringankan beban golongan memerlukan terutama mereka yang terjejas dari segi sumber pendapatan sejak pelaksanaan Perintah Kawal Pergerakan (PKP),” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan masyarakat supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengelak daripada menjadi mangsa COVID-19.