1,500 keluarga terkesan dapat beras percuma

1,500 keluarga terkesan dapat beras percuma

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Pic Mohd Imran Izzad 

KUANTAN: Sekurang-kurangnya 1,500 kampit beras bakal diagihkan kepada golongan yang terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 menerusi program prihatin sempena Hari Kebangsaan Ke-64. 

Timbalan Pengerusi Program Kempen Merdeka 64, Mohamad Yusnizam Mohd Yusof, berkata sekampit beras setiap keluarga yang sudah disenaraikan akan diagihkan pada 31 Ogos ini. 

Katanya, seribu kampit beras akan diagihkan kepada keluarga di Kuantan manakala baki 500 lagi di Raub.

“Selain dana khas Pertubuhan Kebajikan Persaudaraan Elit Jaz Malaysia (ECJ Cares),  sumbangan turut diterima daripada pelbagai pihak lain seperti Kerajaan Pahang dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP),” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas mengagihkan beras kepada sebelas NGO yang datang dari seluruh negara, di perkarangan Laman Kopi & Teh, Indera Mahkota, di sini, semalam.

“Sebelas NGO itu akan membantu menagihkan mengagihkan lebih enam ribu kampit beras keseluruhannya buat golongan memerlukan di seluruh negara,” katanya.