1,588 Jemaah Haji Pahang Dapat RM750

KUANTAN 28 April 2024 (FIKRAH PAHANG) . Kerajaan Pahang menyalurkan sumbangan RM750 kepada hampir 1,588 bakal haji yang akan menunaikan ibadah itu tahun ini.

Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan melalui Barakah Haji Pahang itu membabitkan peruntukkan RM1.191

“Kita bagi sumbangan bagi membantu meringankan beban bakal-bakal haji dalam menyediakan persiapan sebelum berangkat ke tanah suci. Tahun lepas kita bagi RM500 tapi tahun ini kita naikkan RM750 berikutan kedudukan kewangan negeri berada dalam keadaan yang baik.”

“Selain pemberian wang tunai, bakal jemaah haji turut disediakan dengan empat pek makanan iaitu dua pek nasi minyak ayam masak merah dan dua pek nasi berlauk daging opor membabitkan peruntukan Juadah Makmur Jemaah Haji pada tahun ini ialah RM112,000.” katanya selepas merasmikan Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji Dan Penyampaian Barakah Haji Pahang 2024 di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini hari ini.

Turut hadir Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Oleh ; Kabhi Ismail