Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
Gambar hiasan
KUANTAN: Jumlah jangkitan COVID-19 di Pahang menunjukkan peningkatan sebanyak dua kes kepada 604 kes hari ini, berbanding 602 kes semalam.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes harian keseluruhan di Malaysia menurun iaitu 17,236 kes hari ini, berbanding 18,688 kes, semalam.
“Kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 1.27 juta kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Selangor terus merekodkan kes tertinggi dengan 5,740 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 1,567 kes, Kedah (1,328 kes), Sabah (1,247), Johor (1,232 kes), Negeri Sembilan (1,215 kes).
“Perak pula merekodkan 935 kes, Kelantan (914 kes), Pulau Pinang (908 kes), Terengganu (501 kes), Sarawak (589 kes), Melaka (360 kes), Putrajaya (66 kes), Perlis (22 kes) dan Labuan sebanyak lapan kes,” katanya.