PUTRAJAYA: YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan hari kelepasan am pada 18 dan 19 November ini.
Beliau berkata, cuti diberikan bagi memudahkan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau membuat pengumuman berkenaan dalam majlis perasmian pecah tanah Wisma CUEPACS Putrajaya, di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Presiden CUEPACS, Dato’ Adnan Mat.
“Sukacita saya umumkan kerajaan menetapkan Jumaat dan Sabtu iaitu 18 dan 19 November ini, sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan urusan Keluarga Malaysia mengundi,” katanya.