180 positif COVID-19 di Pahang hari ini

180 positif COVID-19 di Pahang hari ini

Fath Ahnaf

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

Gambar hiasan

KUANTAN: Sebanyak 180 kes baharu dilaporkan di negeri Pahang hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif COVID-19 di negeri ini mencecah 14,977 kes.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Dato’ Dr Bahari Tok Muda Che Awang Ngah berkata, berdasarkan jumlah kes baharu yang dilaporkan, sebanyak 110 kes adalah rakyat tempatan manakala 70 kes lagi warga asing.

“Sebanyak 10 daerah mencatatkan pertambahan kes dan tertinggi direkodkan di daerah ini iaitu 101 kes, diikuti Bentong (28 kes), Temerloh (15 kes), Jerantut (13 kes), Bera (10 kes), Rompin (empat kes), Maran (tiga kes) dan masing-masing dua kes di Pekan, Raub dan Lipis. 

“Dukacita dimaklumkan terdapat empat kes kematian baharu dilaporkan ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian di Pahang meningkat kepada 152 kes,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Menurutnya, terdapat satu kluster baharu dilaporkan pada hari ini iaitu Kluster Kampung Kerpal di Rompin dan kes pertama dikesan dalam kluster ini adalah seorang lelaki rakyat tempatan yang mula dikesan pada 29 Jun lalu.

“Kes indeks bagi kluster ini adalah seorang rakyat tempatan yang dikesan positif COVID-19 pada 3 Julai lalu hasil saringan kontak rapat kepada kes pertama yang ditemui dalam kluster ini yang dijalankan pada 30 Jun lalu.

“Seramai 268 individu disaring dalam kluster ini dan sembilan individu didapati positif COVID-19,” jelasnya.

Dr Bahari berkata, sebanyak tujuh daerah berada dalam zon merah iaitu Bentong, Bera, Cameron Highlands, Jerantut, Kuantan, Maran dan Temerloh manakala Pekan dan Lipis berada di zon oren. 

“Hanya Raub dan Rompin berada dalam zon kuning dan tiada daerah berada dalam zon hijau,” katanya.