18,000 tan sisa banjir sudah kutip

18,000 tan sisa banjir sudah kutip

KUANTAN: Kira-kira 18,000 tan sisa banjir sudah dipungut menerusi operasi pembersihan pasca banjir di sembilan daerah di Pahang.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang, Sharudin Hamid, berkata jumlah sisa banjir paling banyak dikutip membabitkan Bentong, Temerloh dan Kuantan.

Menurutnya, antara sisa banjir banyak dibuang membabitkan pelbagai jenis barangan perabot dan tilam di samping peralatan elektrik yang musnah ditenggelami air

.

“Kebanyakan sisa banjir yang diletakkan berhampiran rumah sudah selesai dipungut. Cuma kini kita membuat rondaan pusingan kedua sekiranya terdapat sisa yang tertinggal.

“Kita kini menumpukan kepada usaha memindahkan sisa banjir yang dikumpul di tapak pengumpulan sementara untuk dihantar ke pusat pelupusan,” katanya, dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan semua sisa banjir di tapak pengumpulan sementara selesai dipindahkan ke pusat pelupusan di antara satu hingga dua minggu. 

Katana, dua tapak pengumpulan sementara di Taman Seri Inderapura dan Bukit Rangin ditutup hari ini.

Sharudin berkata, terdapat sembilan pusat pelupusan sampah di Pahang yang akan menampung sisa banjir.- MOHD IMRAN IZZAD.