1,846 mangsa banjir masih di 32 PPS

1,846 mangsa banjir masih di 32 PPS

KUANTAN: Seramai 1,846 mangsa banjir daripada 562 keluarga masih berada di 32 pusat pemindahan sementara (PPS), hari ini.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, jumlah mangsa banjir itu membabitkan Jerantut, Pekan, Rompin, Bera, Raub, Temerloh, Maran dan Kuantan.

Sementara itu, empat sungai di Pahang masih merekodkan bacaan melepasi paras bahaya, masing-masing dua di Bera dan Pekan.

Sungai terbabit ialah Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera yang merekodkan 32.01 meter (m) berbanding paras bahaya 30.50m dan  Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera, Bera merekodkan 26.43m berbanding 26m.

Di Pekan pula membabitkan Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini yang mencatat bacaan 16.43m berbanding 14.90m manakala Sungai Pahang Tua di Rumah Pam Pahang Tua merekodkan 10.65m berbanding 9m.

Tiga sungai pula mencatatkan bacaan melebihi paras amaran manakala lapan sungai pula melepasi paras waspada. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN