Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
KUANTAN: Sembilan belas pelajar Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, di sini, menerima sumbangan bakul makanan.
Sumbangan bakul makanan itu disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Dato’ Indera Mustaffar Kamal Ab Hamid kepada Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Rozal Mona Mokhtar.
Beliau berkata, bantuan itu diberikan berikutan terdapat laporan daripada sekolah itu bahawa keluarga 19 pelajar pendidikan khas terkesan dan terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19.
“Berikutan itu, saya menyampaikan 19 bakul makanan kepada Rozal Mona untuk diserahkan kepada keluarga terbabit.
“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka yang terjejas dan semoga usaha ini diberkati dan dirahmati Allah SWT,” katanya.
tamat
Online
Headlines: 19 pelajar pendidikan khas terima bakul makanan