PEKAN: Seramai 190 kelahiran direkodkan di kawasan Dewan Undangan (DUN) Peramu Jaya dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.
Ini membolehkan setiap bayi terbabit layak menerima insentif program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid) 2022.
Ahli DUN (ADUN) Peramu Jaya Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi Sh Ali, berkata Pahang Pride Kid 2022 membuktikan keprihatinan Kerajaan Pahang terhadap rakyat bermula daripada bayi.
“Rata-rata ibu bapa bayi ditemui mengucapkan terima kasih pada Tok Wan (YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail) yang memperkenalkan insentif Pahang Pride Kid ini.
“Pelbagai bantuan dan insentif disediakan sebagai bukti begitu caknanya kerajaan negeri kepada rakyat,” katanya.
Setiap bayi yang lahir tahun ini layak menerima insentif Pahang Pride Kid 2022 bernilai RM200 meliputi sumbangan wang tunai dan barangan keperluan bayi. – MOHD IMRAN IZZAD.