19,257 kes harian COVID-19 hari ini

19,257 kes harian COVID-19 hari ini

Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Jumlah jangkitan COVID-19 di Pahang terus menunjukkan peningkatan iaitu 714 kes hari ini, berbanding 610 kes semalam.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes harian keseluruhan di Malaysia menurun sedikit iaitu 19,257 kes hari ini, berbanding 20,889 kes, semalam.

Katanya, kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 1.24 juta kes.

“Selangor merekodkan 7,084 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,450), Sabah (1,255), Kedah (1,514), Johor (1,182), Pulau Pinang (959 kes), Kelantan (930) dan Negeri Sembilan (884).

“Ia diikuti Perak dengan 774 kes, Sarawak (573), Terengganu (425), Melaka (414), Putrajaya (56), Perlis (41) dan Labuan (dua),” katanya  menerusi hantaran di Facebook, hari ini.