Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
KUANTAN: Sebanyak 558 kes jangkitan COVID-19 baru dicatatkan di Pahang hari ini, menurun berbanding 628 kes semalam, namun jumlah bagi keseluruhan negara merekod angka tertinggi sebanyak 19,819 kes hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, catatan itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 negara kini sebanyak 1.18 juta kes.
Beliau berkata, Selangor mencatat jumlah tertinggi iaitu 8,377 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 2,467 kes, Kedah (1,371 kes), Johor (1,162 kes) Kelantan (1,003 kes).
“Sabah pula merekodkan 949 kes, Pulau Pinang (867 kes), Negeri Sembilan (800 kes), Perak (662 kes), Sarawak (552 kes) dan Melaka (508 kes).
“Selain itu, Terengganu (481 kes), Putrajaya (46 kes), Perlis (11 kes) dan Labuan (lima kes),” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.