Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
KUANTAN: Sebanyak 539 kes harian COVID-19 direkodkan di Pahang, hari ini, berbanding 604 kes, semalam. Sementara itu,
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes harian keseluruhan di Malaysia kembali meningkat iaitu 19,991 kes hari ini, berbanding 17,236 kes, semalam.
Katanya, dengan penambahan kes baharu itu, jumlah keseluruhan di negara ini adalah 1.29 juta kes. “Selangor terus merekodkan kes tertinggi dengan 7,338 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,374) Kedah (1,830), Sabah (1,383), Johor (1,344) dan Kelantan (1,030 kes).
“Selain itu Perak pula merekodkan 953 kes, Sarawak (836), Pulau Pinang (743), Melaka (578), Negeri Sembilan (564), Terengganu (378), Putrajaya (76), Perlis (24) dan Labuan (satu),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.