20 JPKKK di DUN Dong dapat kanopi, pembesar suara mudah alih

20 JPKKK di DUN Dong dapat kanopi, pembesar suara mudah alih

RAUB: Kerajaan negeri melalui Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Dong menyumbang kanopi dan pembesar suara mudah alih (portable speaker) kepada 20 Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JPKKK).

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal, berkata setiap kampung menerima dua kanopi dan seunit pembesar suara.

Beliau yang juga ADUN Dong, berkata, barangan yang secara keseluruhan bernilai

RM140,000 itu adalah antara keperluan penduduk kampung.

“Sebelum ini, banyak permintaan penduduk kampung untuk peralatan itu untuk kenduri dan majlis keramaian di kampung,” katanya. – NUR HANNAH KHADIJAH