200 bakul makanan buat mangsa banjir di Hulu Terengganu

200 bakul makanan buat mangsa banjir di Hulu Terengganu

KUANTAN: Kira-kira 200 bakul makanan disumbangkan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) buat mangsa banjir di Hulu Terengganu. 

Penyerahan sumbangan itu disampaikan oleh Datuk Bandar MBK, Dato’ Hamdan Hussin bersempena Misi Bantuan Banjir di Hulu Terengganu.

Selain barang keperluan, MBK bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang dan Alam Flora Sdn Bhd yang disertai 70 kakitangan turut terbabit dalam operasi pembersihan.

Hamdan berkata, penyerahan barang keperluan itu sebagai tanda keprihatinan MBK melalui Misi Bantuan Banjir berikutan Hulu Terengganu antara daerah yang terjejas 

teruk akibat banjir di Terengganu, baru-baru ini.

“Misi bantuan dilaksanakan lima hari termasuk operasi pembersihan di sekolah yang terkesan dengan bencana itu.

“Diharapkan dengan sumbangan dan bantuan ini dapat merapatkan ukhwah dan sedikit sebanyak meringan dan menceriakan mangsa banjir di Hulu Terengganu,” katanya. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN