BENTONG: Lebih dua ratus ribu benih pokok pelbagai spesies berusia antara tiga bulan hingga dua tahun di Pusat Perolehan Biji Benih dan Bahan Tanaman (PPBBBT), Lentang musnah dibawa arus banjir, pada akhir tahun lalu.
Turut musnah pokok hiasan dan buah-buahan seperti tampoi, durian, manggis dan jambu yang disediakan di bawah program hutan komuniti.
Penolong Pegawai Kanan PPBBBT, Solehan Saorani berkata, kerugian dianggarkan lebih RM4 juta termasuk kemusnahan kemudahan tapak semaian,
Menurutnya, empat jentera seperti jentolak dan traktor serta beberapa peralatan lain turut ditenggelami banjir.
“Banjir kali ini adalah yang terburuk dalam 40 tahun,” katanya dalam Program Gotong Royong Perdana (GRP) membersih dan membaiki kerosakan PPBBBT Lentang, di sini semalam.
Solehan berkata, pihaknya usaha memulihkan PPBBBT Lentang memerlukan sekurang-kurangnya setahun jika tiada kekangan peruntukan. – MOHD IMRAN IZZAD