Fikrah Pahang surat khabar wokmer

Fikrah Pahang surat khabar wokmer

KUANTAN: “Okay, semua nampak okay,” demikian reaksi spontan YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail apabila ditanya pandangan beliau mengenai kandungan berita dan reka letak akhbar Fikrah Pahang keluaran sulung yang menemui pembaca pada 16 Oktober lalu.

KUANTAN 16 OKTOBER 2020. Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail melihat naskah sulung Fikrah Pahang semasa majlis pelancarannya di Wisma Sri Pahang. Foto MUZ


Menteri Besar Pahang juga memberikan reaksi positif apabila diminta pendapat beliau mengenai pemilihan gambar dalam akhbar terbitan Penerangan Umno Negeri Pahang itu.

Beliau turut berkesempatan meneliti kandungan akhbar percuma itu dari muka depan sehingga halaman sukan di bahagian belakang dan secara keseluruhan kelihatan berpuas hati dengan kandungan serta tajuk berita dalam Fikrah Pahang.


Menteri Besar juga sempat bertanya mengenai kekerapan penerbitan akhbar ‘orang Pahang’ itu dan dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Negeri merangkap Ketua Penerangan Umno Negeri Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad bahawa buat permulaan, Fikrah Pahang diterbitkan dua bulan sekali.


Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pahang berkata demikian ketika menerima edisi pertama Fikrah Pahang daripada Syed Ibrahim di Pejabat Menteri Besar di Wisma Sri Pahang, kira-kira jam 3 petang, 16 Oktober lalu.

KUANTAN 16 OKTOBER 2020. Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menerima naskah sulung Fikrah Pahang dari Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad,
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan semasa majlis pelancarannya di Wisma Sri Pahang. Foto MUZ


Penyerahan itu menandakan bermulanya pengembaraan rasmi akhbar percuma ini menemui pembaca di Pahang. Turut menyaksikan, Ketua Eksekutif merangkap Ketua Pengarang Fikrah Pahang, Othman Mamat dan anggota pengurusan akhbar ini, Dato’ Nik Naizi Husin, Kamal Ariffin Ismail, Zulkepli Osman, Khairul Mazzaman Ghazali dan Hassan Ismail.

Wan Rosdy sempat berbual mesra dan kelihatan berpuas hati dengan keluaran pertama akhbar 24 muka surat ini.

Dato’ Sri Wan Rosdy meneliti kandungan Fikrah Pahang sambil disaksikan Dato Sri Syed Ibrahim (kanan), Othman (kiri)


Wan Rosdy sempat berbual mesra bersama sidang pengarang termasuk wartawan dan jurufoto Fikrah Pahang serta krew TVFikrah dan kelihatan kagum dengan keluaran pertama akhbar 24 muka surat ini.

Sebanyak 10,000 naskhah Fikrah Pahang diedarkan secara percuma di seluruh negeri Pahang setiap dua bulan sekali dengan memuatkan pelbagai cerita menarik termasuk aktiviti, agama, politik, sosial, ekonomi dan sukan yang berlaku di negeri ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *