Boling eratkan hubungan ahli UMNO Indera Mahkota

Boling eratkan hubungan ahli UMNO Indera Mahkota

KUANTAN: Seramai 52 orang terdiri daripada ahli Puteri UMNO Indera Mahkota dan jemputan daripada Pergerakan Pemuda serta Wanita bahagian berkenaan memeriahkan acara Boling Santai Tertutup Bersama Ketua Puteri Umno cawangan di pusat beli-belah Berjaya Megamal di sini, hari ini.

Ketua Bahagian UMNO Indera Mahkota, Dato Indera Mustaffar Kamal b Ab Hamid ketika merasmikan Kejohanan Boling Santai Tertutup Bersama Ketua Puteri Umno Cawangan Indera Mahkota di Mega Lane. Kuantan Megamal- Gambar Kahbi Ismail


Ketua Puteri Bahagian Indera Mahkota, Nor Hasnida Abdullah berkata, program berkenaan dianjurkan bagi merapatkan hubungan dalam kalangan ahli.
“Menerusi program ini, ahli dapat mendekati kepimpinan puteri cawangan dan ikatan ini amat penting terutama menjelang PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang,” katanya.


Program berkenaan dirasmikan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Dato’ Indera Mustaffar Kamal Ab Hamid.
Turut memeriahkan acara, Ketua Pemuda bahagian, Ahmad Fadziree Fisar; Ketua Wanita, Wan Naapiah Wan Yusof dan Naib Ketua Puteri bahagian, Nurul Huda Abd Manaf.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *