Pengunjung domestik mula ‘mengosongkan’ Taman Negara.

Pengunjung domestik mula ‘mengosongkan’ Taman Negara.

JERANTUT: Pelancong domestik yang mengunjungi Taman Negara, Kuala Tahan di sini terpaksa memendekkan percutian mereka, berikutan arahan penutupan sementara Taman Negara mulai 6 Oktober sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara (PERHILITAN).

Pelancong mula meninggalkan Taman Negara sebaik arahan penutupan sementara Taman Negara mulai 6 Oktober sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak berikutan penularan COVID-19. – Gambar oleh Roselan Abd Malek


Walaupun arahan itu dikeluarkan secara mengejut, berikutan penularan COVID-19 yang semakin meningkat, namun pengusaha pelancongan dan pelancong tempatan yang sedang bercuti di situ akur dengan arahan itu.
Pengurus Pelanggan, Mutiara Taman Negara Resort (MTNR), Sabri Abdullah berkata, seramai 50 orang pengunjung dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur antara kumpulan terakhir yang menghuni pusat penginapan di situ mengosongkan pusat penginapan itu.
“Taman Negara yang berusia lebih 150 juta tahun itu mula bernafas semula dan menarik pelancong domestik, setelah pandemik COVID-19 mula reda tetapi terpaksa akur dengan arahan terbaru pihak berkuasa.
“Apapun, pengurusan MTNR tetap mematuhi semua arahan kerajaan berikutan penularan pandemik tersebut dan kerja memunggah pengunjung domestik keluar dari sini berjalan lancar walaupun ada pengunjung mahu berehat di sini beberapa hari lagi berasaskan tempahan masing-masing, ” katanya.
Beliau berkata, hari ini, seramai 10 orang yang terdiri daripada beberapa keluarga dari Negeri Sembilan dan Putrajaya telah meninggalkan kawasan ini dan penghantaran pulang diuruskan oleh kakitangan resort ini dan dipunggah oleh bas persiaran pulang ke destinasi masing-masing,” katanya itu, semua kemudahan awan berkaitan aktiviti rekreasi dan riadah di kawasan kelolaan Taman Negara ditutup dan berasaskan peraturan pengunjung tidak dibenarkan melakukan aktiviti berkenaan.


Katanya, antara destinasi dalam kawasan taman yang popular dan digemari pengunjung untuk kegiatan riadah dan rekreasi, melihat burung, memancing, menaiki jambatan gantung, Bukit Teresek, Lubuk Simpon, Lata Berkoh, Terenggan, Keniam, bersiar di Sungai Tahan serta Sungai Sat dan sebagainya tersenarai dalam larangan tersebut.
Sabri berkata, ramai pengunjung domestik terutamanya dari negeri lain telah membuat tempahan sebelum ini terpaksa membatalkan lawatan ke sini berikutan penularan COVID-19 dan mengetahui penutupan sementara kemudahan di pusat peranginan hutan tropika itu.
Sabri berkata, penutupan sementara Taman Negara memberi impak yang besar kepada pemilik pusat penginapan swasta dan pengusaha tempatan lebih-lebih lagi notis singkat menyebabkan mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk memberikan makluman kepada pengunjung yang telah membuat tempahan berbayar.
“Bagi bulan Oktober ini, MTNR telah menerima tempahan penginapan kumpulan pengunjung dalam tempoh lebih 1,400 malam di samping turut
membabitkan perkhidmatan pemandu pelancong alam sekitar (nature guide) dan juga sewaan bot penambang.
“Walaubagaimana pun kita tetap akur dengan keputusan ini dan berusaha memberi sokongan bagi membantu kerajaan dalam saat menghadapi pandemik COVID-19 yang masih belum berpenghujung,” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar, Datuk Nazeri Ngah ketika dihubungi akhbar Fikrah Pahang berkata, pengusaha pusat pelancongan dan pelancong petlu mematuhi ketetapan yang telah di keluatkan PERHILITAN deme kepentingan bersama.

Katanya, pandemik COVID 19 masih belum reda dan sewajarnya sebagai rakyat yang prihatin kita patuh kepada sesuatu arahan yang di kekuarkan

“Kita faham pengusaha pusat pelancong masih terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu, tetapi
kita tidak seharusnya menjadi alasan untuk mengabaikan SOP yang ditetapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *