Foto dan visual serlah bakat

Foto dan visual serlah bakat

MPK anjur pertandingan promosi keistimewaan Kuantan

Helmy Abd Rahman
fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: Walaupun hanya sempat membuat promosi dalam masa singkat, Pertandingan Fotografi dan Videografi menerima sambutan hangat penggiat seni berkenaan.
Pertandingan anjuran Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Pahang, Tourism Pahang dan Malaysia Association of Western Australia (MAWA) itu menerima 326 penyertaan bertujuan mempromosikan sektor pelancongan di negeri ini secara langsung.

KUANTAN 21 OKTOBER 2020. YDP Majlis Perbandaran Kuantan, Dato Hamdan Hussin (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang Dato’ Sri Shahaniza Shamsuddin pada majlis ‘Hi-Tea Jurufoto, Blogger dan Media’ di Kompleks Majlis Perbandaran Kuantan. FIKRAH/MUZ


Yang Dipertua MPK, Dato’ Hamdan Hussin, berkata pertandingan berkenaan dianjurkan untuk memberi peluang kepada penggiat seni fotografi dan videografi mengetengahkan bakat masing-masing dengan mengekspresikan keindahan bandar Kuantan sebagai destinasi pelancongan.
“Sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) yang prihatin terhadap sektor pelancongan setempat, kami bertanggungjawab untuk turut sama mempromosikan keunikan dan keistimewaan Kuantan,” katanya selepas Majlis Hi-Tea bersama Jurufoto, Blogger dan Media serta Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Fotografi dan Videografi di Kompleks Ibu Pejabat MPK, di sini, semalam.


Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Dato’ Sri Shahaniza Shamsuddin; Pengurus Besar Tourism Pahang, Dato’ Ishak Mokhtar dan Pengarah Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Pahang, Dato’ Idros Yahya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *