Muhyiddin menghadap Agong dua jam..update story

Muhyiddin menghadap Agong dua jam..update story

Perdana Menteri meninggalkan Istana Abdulaziz jam 7.15 petang

Team Fikrah Pahang
fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan perkarangan Istana Abdulaziz, Indera Mahkota di sini, kira-kira jam 7.15 petang ini selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hampir dua jam.


Bagaimanapun Perdana Menteri dan konvoi mengiringinya tidak berhenti dan berlalu tanpa menemui sekumpulan kira-kira 20 pemberita yang menunggu di pintu masuk utama istana sejak jam 3 petang tadi.
Beliau dan rombongan yang tiba di pintu masuk istana pada jam 4.40 petang, bertolak ke Kuantan selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Jabatan Perdana Menteri pagi tadi.
Difahamkan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang adalah antara yang dilihat berada dalam konvoi mengekori Perdana Menteri ketika memasuki istana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *