600 penyertaan cipta logo dan nama baharu pasukan Pahang

600 penyertaan cipta logo dan nama baharu pasukan Pahang

Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: Sebanyak 600 penyertaan diterima pada pertandingan mencipta logo dan nama baharu pasukan Pahang yang berakhir 10 Oktober lalu.
  Pengurus Pahang, Dato’ Mohammed Suffian berkata daripada jumlah itu, sebanyak 20 logo dan nama baharu Pahang sudah disenarai pendek.
  Katanya, setakat ini, jawatankuasa khas yang akan mengumumkan lima logo dan nama yang terbaik sebelum pemilihan dibuat di kalangan peminat skuad Pahang secara dalam talian (online).
  “Bagaimanapun Pahang mempunyai hak mutlak untuk memilih logo dan nama baharu pasukan Tok Gajah yang terbaik berdasarkan syarat yang ditetapkan.
  “Pengumuman tarikh dan tempoh undian dalam talian hanya menungggu keputusan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dalam tempoh terdekat ini,” katanya.
  Pada pertandingan itu, PBNP menawarkan hadiah wang tunai RM8,000 kepada pencipta nama dan logo pasukan Pahang yang berjaya.
  Wang tunai, masing-masing RM4,000 bakal menjadi milik individu yang berjaya mencipta logo dan nama baharu skuad Pahang selain turut menawarkan hadiah penginapan dan barangan sukan.
  Tarikh tutup pertandingan yang berakhir 10 Oktober lalu itu hanya terbuka kepada rakyat Pahang dan tiada bayaran dikenakan kepada peserta.
  PBNP berterima kasih di atas sambutan diberikan yang membuktikan sokongan peminat kepada persatuan dalam memberikan idea.
  Baru-baru ini, PBNP mengumumkan Sri Pahang dikatakan dipilih bagi menggantikan nama skuad Pahang selepas diswastakan seperti yang disyaratkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
  Namun, segelintir peminat skuad Tok Gajah tidak bersetuju dengan nama Sri Pahang dan mahu nama itu ditukar.
  Berikutan itu, PBNP menganjurkan pertandingan logo dan nama baharu bagi berkongsi idea.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *