Bantu patuh SOP

Bantu patuh SOP


Kawalan pengunjung membolehkan pengusaha pelancongan Taman Negara kembali bernafas

Teks dan Foto Mohamed Roselan Ab Malek
fikrahpahang@gmail.com

JERANTUT: Seramai 30 ahli Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Taman Negara, bergotong royong membantu kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kuala Tahan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Pengerusinya, Mohamad Anas Zainudin, berkata Titian Kanopi atau jambatan gantung antara menjadi tarikan utama pengunjung ke Taman Negara, Kuala Tahan kerana ia adalah titian terpanjang di dunia.
“Dengan panjang 550 meter dan berketinggian 40 meter dari tanah, pengunjung boleh menikmati pemandangan dan keindahan flora serta fauna yang ada di Taman Negara.
Beliau berkata, Taman Negara yang mula dibuka kepada pengunjung mulai semalam dijangka menjadi tumpuan tetapi pengunjung domestik terpaksa mengikut SOP tambahan seperti yang diarahkan MKN.
“Menyedari hakikat itu, kami seramai 30 ahli persatuan turut membantu melaksanakan SOP ditetapkan.

JERANTUT : Seramai 30 ahli Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Taman Negara, bergotong royong membantu kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kuala Tahan melaksanakan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di kawasan titian kanopi. Gambar oleh / Mohamad Roselan Abdul Malek


“Kami membantu membuat tanda penjarakkan sosial satu meter dan membersih laluan ke titian kanopi bagi memastikan keselamatan pengunjung serta mematuhi SOP.
“Walaupun titian ini dihadkan kepada seramai 160 orang sahaja dan ditutup pada hari Rabu, tetapi pelawat perlu mematuhi penjarakan sosial ketika menunggu giliran termasuk aktiviti rekreasi dan riadah lain,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya turut membuat penambahbaikan bagi ruang menunggu sedia ada, bagi mengelakkan pelancong bersesak sewaktu menunggu giliran naik ke jambatan gantung.


Katanya, kami membuat tempat menunggu alternatif bagi memastikan pengunjung tidak berkumpul di satu tempat selain mengamalkan penjarakan sosial.
Mohamad Anas berkata, sebagai pengiat industri pelancongan, pihaknya teruja apabila ia dibuka semula setelah ditutup selama 17 hari untuk kali kedua kerana industru ini adalah punca pendapatan mereka.
“Walaupun hanya pelawat berusia antara 12 hingga 60 tahun sahaja dibenarkan memasuki Taman Negara tetapi ia tidak mematahkan semangat kami.
“Aktiviti pengangkutan bot penambang diTaman Negara berkapasiti empat dan enam penumpang juga perlu mematuhi penjarakan sosial serta pemakaian pelitup muka dan etika keselamatan tertentu,” katanya.
Beliau berkata, aktiviti mendaki Gunung Tahan dari Kuala Tahan (Jerantut) dan Sungai Relau, Merapoh (Lipis) turut dibenarkan walaupun cuma untuk 20 orang pendaki sahaja dan maksimum bagi setiap kumpulan pendaki cuma 10 orang tidak termasuk malim gunung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *