Junjung Titah Agong

Junjung Titah Agong

Henti segera percakaran politik, bantu kerajaan perangi pandemik Covid-19

KUANTAN: Semua pihak perlu akur titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya menghentikan politiking yang boleh menggugat kestabilan pemerintahan negara.
Sehubungan itu, kerajaan negeri menyokong penuh titah baginda mengenai tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini
Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata apa yang penting rakyat harus menumpukan gerakan membendung pandemik COVID-19.
“Kerajaan negeri menjunjung kasih atas titah Al-Sultan Abdullah yang memberi kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus memimpin negara.
“Lebih-lebih lagi dalam menangani isu penularan pandemik COVID-19 yang kita percaya akan diberi tumpuan khusus pada pembentangan Belanjawan Negara 2021 kelak,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *