98 RRP siap Disember depan

98 RRP siap Disember depan

Foto dan teks Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: Kerajaan Pahang memperuntukan RM6.37 juta bagi membina 98 unit Rumah Rakyat Pahang (RRP) yang dijangka siap pada awal Disember depan.Daripada 98 unit itu, masing-masing membabitkan 84 unit di 42 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala 14 unit lagi di 14 Parlimen.
Setiap DUN diperuntukkan dua unit RRP manakala Parlimen pula satuunit rumah dalam usaha membantu lebih ramai golongan kurang berkemampuan memiliki kediaman.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pahang,Datuk Abd Rahim Muda berkata, pelaksanaan projek RRP sudah dimulakan kira-kira dua minggu lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada awal Disember depan.
Katanya, kos setiap unit rumah RRP ialah RM65,000 dan syarat utama ialah penerima memiliki tanah sendiri dan kurang berkemampuan sebelum kelulusan diberikan.
“Peruntukan RM65,000 setiap unit itu diharap membantu golongan kurang berkemampuan memiliki kediaman sendiri yang lebih selesa,” katanya.
Abd Rahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar berkata, dua unit RRP di kawasannya, masing-masing satu dibina di Paya Rambutan dan Sri Fajar manakala bagi Parlimen Paya Besar pula di Paya Rambutan.”Setakat ini, kerajaan negeri berpuas hati dengan pelaksanaan projek RRP yang tidak mengenakan sebarang bayaran kepada penerima.”Dengan projek RRP ini, kita harap penerima gembira dan berasa lebih selesa apabila tinggal di rumah baru yang mempunyai tiga bilik,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *