MPK tawar diskaun kompaun parkir

MPK tawar diskaun kompaun parkir

Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: Sebagai tanda keprihatinan, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menawarkan promosi diskaun bayaran kompaun parkir dari 26 hingga 31 Oktober ini.
Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MPK Norkamawati Kamal, berkata tawaran diskaun itu membabitkan pemilik kenderaan yang dikenakan kompaun RM30 dan RM300.
Katanya, bagi pemilik kenderaaan yang dikenakan kompaun RM30 dalam masa tempoh 30 hari, mereka hanya perlu membayar RM10.
“Kadar kompaun RM300 bagi pesalah selepas tempoh 30 hari pula hanya perlu membayar RM100,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, pemilik kenderaan yang dikenakan kompaun parkir perlu hadir ke Kompleks Ibu Pejabat MPK bagi menjelaskan bayaran dalam tempoh ditetapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *