5 pemain Pahang pulih, jalani latihan hadapi Piala Malaysia

5 pemain Pahang pulih, jalani latihan hadapi Piala Malaysia

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengesahkan lima daripada enam pemain skuad itu sudah pulih daripada kecederaan.

MuhaMuhammad Izz Zahin
fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: Jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengesahkan lima daripada enam pemain skuad itu sudah pulih daripada kecederaan.
Beliau berkata, lima pemain itu sudah kembali menjalani latihan sebagai persiapan mengharungi saingan Piala Malaysia yang dijadualkan bermula pada 6 November ini.
Katanya, kehadiran lima pemain itu bersama pemain lain diyakini mampu memperkasakan skuad Tok Gajah apabila beraksi pada pusingan pertama piala berprestij itu.
“Dickson Nwakaeme, Herold Goulon, Adam Reed, R Dinesh dan Faisal Abdul Halim sudah menjalani latihan selepas pulih daripada kecederaan.
“Bagaimanapun, Nwakaeme belum lagi pulih sepenuhnya tetapi sudah turun menjalani latihan dan saya percaya dia sempat cergas sebelum Piala Malaysia bermula.
“Namun, Zuhair Aizat Nazri yang mengalami kecederaan pada perlawanan terakhir Liga Super berdepan Terengganu FC (TFC) masih lagi dalam proses pemulihan,” katanya.
Pada saingan Liga Super musim ini, Pahang menamatkan saingan itu di kedudukan ketujuh dengan mengutip 14 mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *