Bekalan air pulih jam 2 petang ini

Bekalan air pulih jam 2 petang ini

Mohd Imran Izzad


KUANTAN: Paip pecah di Batu 9 Jalan Kuantan-Gambang, semalam, menyebabkan berlaku gangguan bekalan air di daerah ini.
Sehubungan itu, Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam kenyataan memaklumkan bahawa gangguan bekalan air dijangka selesai jam 2 petang ini.
“Ini kerana pelaksanaan kerja penyelenggaraan paip bersaiz 1,300 milimeter (mm) Mild Steel sedang dilakukan bagi memastikan pengguna kembali mendapat bekalan,” katanya.
Antara kawasan yang terbabit ialah di Jalan Kuantan Bypass, Permatang Badak, Kampung Pandan, seluruh Perkampungan Sungai Isap, Taman Bukit Rangin, Kampung MPK 2.
Jalan Kuantan-Gambang termasuk di Taman Sepakat, Tanah Putih, Kampung Razali Batu 3, Kampung Kurnia, Kampung Belukar, Kampung SC, KUIPSAS, Kampung Air Hitam, Sri Damai, Jaya Gading, Taman Guru, Kampung Teluk Mahang, Taman Tas, Taman Tas Ria, Kampung Lubuk Puyu dan kawasan sekitar.
Selain itu, Taman Inderapura, seluruh perkampungan Indera Sempurna, Kampung Seri Melati, Kampung Batu Putih, Kampung Soi, Kampung Kempadang, Kampung Pahang, Taman Berjaya Permai, Kampung Sepat, Kampung Pak Mahat, Bandar Putra, Tanjung Lumpur, Peramu, Anak Air, Sungai Belat, Air Hitam,Kg Penor, Penjara Penor, Kampung Semangat, Ubai, Cheruk Paloh serta kawasan berhampiran.
Difahamkan, sebanyak 30,550 akaun
terbabit dalam gangguan bekalan air itu sejak 12 tengah hari, semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *