Piala Malaysia: Pahang yakin atasi Kedah

Piala Malaysia: Pahang yakin atasi Kedah

Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: Komitmen dan persefahaman menjadi fokus utama jurulatih Pahang, Dollah Salleh dalam memperkasakan skuadnya apabila berdepan Kedah pada pusingan pertama Piala Malaysia.
Justeru, Dollah yang juga bekas pemain kebangsaan mahu anak buahnya memberikan komitmen tinggi untuk mencatat kemenangan ke atas skuad Lang Merah itu.
Katanya, reputasi Kedah tidak akan mengentarkan skuad kendaliannya untuk melepasi pusingan pertama piala berprestij itu.
“Sebaik Pahang kembali menjalani latihan bagi persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia, saya menekankan kepada membentuk pasukan yang mantap.
“Impian saya ialah dapat menyenaraikan kesebelasan terbaik kerana ada pemain utama ketika ini masih belum pulih daripada kecederaan,” katanya.
Pada majlis undi Piala Malaysia hari ini, skuad Tok Gajah diundi berdepan Kedah pada pusingan pertama piala berprestij itu.
Aksi pusingan pertama itu menyaksikan Kedah bertindak selaku tuan rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *