STL: Pahang Mammoth tagih kemenangan

STL: Pahang Mammoth tagih kemenangan

KUANTAN: Pendatang baru Liga Premier, Pahang Mammoth optimis mempamer prestasi lebih padu sebaik Kejohanan Liga Sepak Takraw (STL) 2020 bersambung.
Pengurus pasukan, Ahmad Fitri Ali berkata, biarpun bukan pasukan pilihan pada STL musim ini, Pahang Mammoth akan memberi tekanan kepada lawan.
Justeru, katanya, berada pada kedudukan kelapan liga memerlukan pasukan itu mempertingkatkan prestasi terutama daripada segi persefahaman.
“Oleh itu, saya percaya sebaik STL kembali bersambung nanti semua pemain dapat beraksi pada tahap menyakinkan sekaligus meraih kemenangan.
“Kemenangan akan membantu pasukan untuk berada pada kedudukan lebih baik berbanding berada di tangga kelapan ketika ini,” katanya.
Musim ini Pahang Mammoth mempertaruhkan bekas pemain kebangsaan dan berpengalaman untuk memberi saingan pada STL 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *