Piala Malaysia: Pahang ketatkan SOP sebelum bertemu Kedah

Piala Malaysia: Pahang ketatkan SOP sebelum bertemu Kedah

Mohd Izz Zahin
fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: Semua pemain diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.
Pengurus Tok Gajah, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, pematuhan itu untuk memastikan semua pemain berada pada prestasi terbaik apabila bertemu Kedah pada pusingan pertama Piala Malaysia.
Katanya, pelaksanaan SOP itu bukan sahaja di tempat latihan, malah amalan seharian.
“Saya percaya semua pemain dapat memberikan komitmen tinggi terhadap pasukan untuk memastikan Pahang layak ke suku akhir piala berprestij itu,” katanya.
Pada majlis undi Piala Malaysia semalam, skuad Pahang diundi berdepan Kedah pada pusingan pertama piala berprestij itu.
Aksi pusingan pertama itu menyaksikan Kedah bertindak selaku tuan rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *