Syukur kerajaan negeri hulur bantuan

Syukur kerajaan negeri hulur bantuan

Helmy Abd Rahman
fikrahpahang@gmail.com
Gambar Mustaffa Kamal

TEMERLOH: “Alhamdulillah, kami berasa syukur sangat apabila kerajaan (negeri) dapat tukar bumbung yang rosak selepas dua kali dipukul ribut,” kata Guru Besar Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Al-Falahiah, Haslah Abu Bakar.
Katanya, dalam kejadian 29 Jun lalu, atap bilik guru rosak teruk dipukul ribut dan seminggu selepas itu, sekali lagi ribut melanda kawasan itu.
“Belum sempat dibaiki, datang pula ribut sekali lagi. Kejadian itu menyukarkan kami bekerja dan terpaksa mengalihkan banyak peralatan ke bilik lain.
“Bila kerajaan Pahang bantu, barulah rasa lega,” katanya kepada Fikrah Pahang ketika ditemui di FELDA Jengka 21, di sini, hari ini.


Difahamkan, kerajaan negeri memperuntukkan RM85,000 bagi kerja-kerja baik pulih di sekolah yang mempunyai 140 murid.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad mengarahkan peperiksaan akhir di sekolah berkenaan dijalankan selepas kerja baik pulih siap sepenuhnya.
Buat masa ini semua murid di sekolah terbabit diberikan cuti sehingga kerja-kerja baik pulih yang memakan masa lapan minggu, disempurnakan kelak.

#pahang #pahangdarulmakmur #temerloh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *