Air di TER Lubuk Yu tidak akan keruh lagi selepas ini

Air di TER Lubuk Yu tidak akan keruh lagi selepas ini

Mohd Imran Izzad
fikrahpahang@gmail

MARAN: Kejadian air Sungai Jempol yang keruh hingga menjejaskan imej Taman Eko Rimba (TER) Lubuk Yu, dekat sini, sebelum ini dijangka tidak berulang selepas ini hasil beberapa pendekatan yang akan diambil kerajaan negeri.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Sentul, Dato’ Sri Shahaniza Samsuddin berkata, hasil mesyuarat Jawatankuasa Adhoc Kelestarian Lubuk Yu yang dianggotai agensi kerajaan beberapa cadangan dikumpul untuk dibentangkan pada mesyuarat Exco negeri Pahang, hari ini.
Menurutnya, mesyuarat Jawatankuasa Adhoc Kelestarisn Lubuk Yu turut mencadangkan penyelesaian segera demi menjaga kelestarian Lubuk Yu yang menjadi pusat pelancongan yang semakin terkenal di negeri ini.
“Cadangan jangka panjang dan jangka pendek pastinya akan memastikan bukan sahaja keindahan TER Lubuk Yu terus terpelihara tetapi turut menjamin masa depan Lubuk Yu itu sendiri.


“Saya yakin isu berkaitan air Sungai Jempol keruh ke Lubuk Yu akan dapat diatasi tidak lama lagi dengan kerjasama semua pihak,” katanya selepas mempengerusikan Mensyuarat Jawatankuasa Adhoc Kelestarisn Lubuk Yu, di sini.
Hadir sama Pegawai Daerah Maran, Sharuddin Jali dan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang JPNP, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin.
Sebelum ini berlaku kes membabitkan air Sungai Jempol yang mengalir ke Lubuk Yu keruh sehingga menimbulkan rasa tidak senang pelancong dan masyarakat setempat, sekali gus menyebabkan timbul dakwaan berlaku aktiviti pembalakan dan perlombongan.
Namun hasil pemeriksaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang tidak menemui sebarang bukti boleh dikaitkan dengan aktiviti pembalakan dan perlombongan dalam kawasan hutan terbabit, sebaliknya apa yang berlaku disebabkan aliran air hujan yang turun secara berlebihan membawa bersama keladak tanah bukit.
Sementara itu, Pengarah Urusan Lubuk Yu Ecopark, Juhari Che Lah berkata, Taman Eko Rimba Lubuk Yu ditutup kepada pengunjung selama
dua hari pada minggu lalu kerana air terlalu keruh.
“Air keruh kerana hujan lebat luar biasa sekali gus mempengaruhi kualiti air di taman eko terbabit.
“Kini ia sudah kembali jernih dan taman ini juga sudah dibuka semula,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *