Nwakaeme kembali beraksi, Reed direhat ketika bertemu Kedah Jumaat ini

Nwakaeme kembali beraksi, Reed direhat ketika bertemu Kedah Jumaat ini

Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@gmail.com

SKUAD Pahang kemungkinan tidak dapat menyenaraikan pemain import dari Filipina, Adam Reed apabila berdepan Kedah pada pusingan pertama Piala Malaysia, Jumaat ini.
Jurulatihnya, Dollah Salleh berkata, kecederaan pangkal paha yang dialami pemain berumur 29 tahun itu belum pulih sepenuhnya untuk membantu skuad Tok Gajah.
Bagaimanapun, beliau gembira kerana kapten pasukan, Dickson Nwakaeme sudah pulih daripada kecederaan sekali gus membantu memperkasakan pasukan.
“Biarpun tahap kecergasan Nwakaeme belum mencapai tahap 100 peratus, kehadirannya diyakini mampu untuk memberi tekanan kepada lawan.
“Diharapkan Nwakaeme dapat membantu mempertajamkan lagi jentera serangan bersama Ivan Carlos,” kata Dollah yang juga bekas pemain kebangsaan.
Sebaik berakhir saingan Liga Super, skuad Tok Gajah dihimpit masalah kecederaan membabitkan enam pemain utama.
Selain Nwakaeme dan Reed, empat pemain yang mengalami kecederaan ialah Herold Goulon, R Dinesh, Zuhair Aizat Nazri dan Faisal Abdul Halim.
Dengan dibarisi lima pemain berkenaan, Dollah tidak berdepan masalah untuk menyenarai keselesaan terbaik biarpun tanpa Reed.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *