Tarikan pelancongan baharu di RTB Sungai Dong

Tarikan pelancongan baharu di RTB Sungai Dong

Helmy Abd Rahman
fikrahpahang@gmail.com

RAUB: Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Dong boleh menjadi ‘serampang dua mata’ yang bukan hanya untuk mengatasi masalah banjir, malah berpotensi sebagai tarikan pelancong dan sumber ekonomi baharu masyarakat setempat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Dato’ Sri Shahiruddin Ab Moin, berkata projek RTB ini bakal memberi faedah kepada peduduk empat kampung di tebing Sungai Dong iaitu Kampung Pasir Bayam, Durian Sebatang, Kuala Gali dan Temau.
“Ia tidak sekadar projek bagi mengatasi masalah banjir di empat kampung terbabit, malah berpotensi muncul sebagai tarikan pelancongan dan sumber ekonomi baharu kepada penduduk,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di Facebook, selepas menyaksikan kerja-kerja pelepasan anak ikan di RTB Sungai Dong, hari ini.
Menurutnya, infrastruktur kawasan berkenaan boleh dinaik taraf menjadi tempat rekreasi untuk aktiviti perkelahan, mandi-manda, berkayak dan memancing.
Difahamkan, projek RTB itu menelan kos RM2.49 juta menerusi peruntukan daripada kerajaan negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *