Kerajaan negeri bantu pesara guru uzur

Kerajaan negeri bantu pesara guru uzur

Helmy Abd Rahman
fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: Pesara guru yang sakit atau uzur di negeri ini akan diraikan dan diberi bantuan oleh kerajaan negeri dalam masa terdekat.
Perkara itu disuarakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Dwitahunan ke-9 Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Pahang, di sini, hari ini.
“Saya minta beri pada saya senarai pesara guru yang uzur di Maran, Temerloh, Pekan, Kuantan dan Raub. Kita pergi buat lawatan dan beri sedikit token untuk mereka.
“Bagi setiap kawasan, kita ambil 10 pesara guru yang perlu dibantu ini,” katanya.


Hadir sama, Yang Dipertua Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Pahang, Dato Abdul Rahim Mohamad.
Dalam perkembangan lain, Syed Ibrahim berkata, persatuan berkenaan boleh mengambil pelbagai pendekatan proaktif termasuk memberi nasihat kepada kerajaan negeri untuk memantapkan soal pembelajaran murid dan pelajar di Pahang.
“Perlu ada kerjasama supaya kita dapat menaikkan pendidikan dan pertahankan dasar pendidikan dengan cara duduk bersama, beri pandangan dan nasihat kepada kerajaan negeri serta jabatan pendidikan.
“Ini dapat memperkasakan lagi pelajaran, memperhebatkan hasil produk pendidikan anak kita supaya menjadi lebih sempurna,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *